Wednesday, 26 June 2013

BAHAN-BAHAN PEMBUATAN

Bahan asas dan bancuhan simen  yang sama di gunakan untuk menyediakan  Batu Nisan dan Kepok, iaitu simen dan batu kelikir halus.  Proses pembuatan batu nisan dan kepok bermula di mana  bancuhan simen dan batu kelikir halus ini akan dituangkan ke dalam acuan yang berlainan. Terdapat dua jenis acuan bagi batu nisan iaitu mangikut jantina, lelaki dan perempuan .  Bagi acuan kapok pula juga terdapat dua jenis tetapi berasaskan saiz iaitu saiz kanak-kanak dan dewasa. 

Bancuhan akan dituang ke dalam acuan dan di biarkan kering selama 24 jam.  Besi  penguat akan di letakkan di dalam acuan sebelum acuan dituang.  Tujuan besi adalah supaya kepok dan nisan kuat dan tidak patah. Selepas kering rupa bentuk asas batu nisan dan kapok akan dikeluarkan daripada acuan.

Proses seterusnya ialah proses kemasan dan pengilatan.   Peringkat pertama proses kemasan di jalankan menggunakan batu asah. Batu nisan dan kapok yang baru dikeluarkan dari acuan akan dikemaskan selepas itu dibasuh menggunakan air dan dikeringkan.  Proses kemasan peringkat kedua diteruskan dengan menggunakan simen putih.  Digosok lagi menggunakan kertas pasir terutamanya bahagian bucu batu nisan iaitu bagi proses melicinkan.
Setelah selesai proses melicinkan proses mewarnakan tulisan dilakukan, selepas itu dibasuh dan dikeringkan sekali lagi. Setelah proses kemasan selesai  proses pengilatan dilakukan menggunakan lekar.  Akhir sekali dikeringkan seharian dan setelah itu siap untuk di pasang.

MAKLUMAT YANG DICATAT PADA BATU NISAN

            Maklumat yang terdapat pada Batu Nisan adalah maklumat simati di bawah
i. Nama si mati dalam rumi
ii. Nama si mati dalam jawi
iii. Tarikh lahir di mati
iv. Tarikh meninggal dalam hijrah
v. Tarikh meninggal dalam masihi.

No comments:

Post a Comment