Bahan asas dan bancuhan simen yang sama di gunakan untuk menyediakan Batu Nisan dan Kepok, iaitu simen dan batu kelikir halus. Proses pembuatan batu nisan dan kepok bermula di mana bancuhan simen dan batu kelikir halus ini akan dituangkan ke dalam acuan yang berlainan. Terdapat dua jenis acuan bagi batu nisan iaitu mangikut jantina, lelaki dan perempuan . Bagi acuan kapok pula juga terdapat dua jenis tetapi berasaskan saiz iaitu saiz kanak-kanak dan dewasa.
Bancuhan akan dituang ke dalam acuan dan di biarkan kering selama 24 jam. Besi penguat akan di letakkan di dalam acuan sebelum acuan dituang. Tujuan besi adalah supaya kepok dan nisan kuat dan tidak patah. Selepas kering rupa bentuk asas batu nisan dan kapok akan dikeluarkan daripada acuan.
Proses
seterusnya ialah proses kemasan dan pengilatan. Peringkat pertama proses kemasan di jalankan
menggunakan batu asah. Batu nisan dan kapok yang baru dikeluarkan dari acuan
akan dikemaskan selepas itu dibasuh menggunakan air dan dikeringkan. Proses kemasan peringkat kedua diteruskan
dengan menggunakan simen putih. Digosok
lagi menggunakan kertas pasir terutamanya bahagian bucu batu nisan iaitu bagi
proses melicinkan.
Setelah
selesai proses melicinkan proses mewarnakan tulisan dilakukan, selepas itu dibasuh
dan dikeringkan sekali lagi. Setelah proses kemasan selesai proses pengilatan dilakukan menggunakan
lekar. Akhir sekali dikeringkan seharian
dan setelah itu siap untuk di pasang.
MAKLUMAT YANG DICATAT PADA BATU NISAN
MAKLUMAT YANG DICATAT PADA BATU NISAN
Maklumat yang terdapat pada Batu
Nisan adalah maklumat simati di bawah
i. Nama si mati
dalam rumi
ii. Nama si mati
dalam jawi
iii. Tarikh
lahir di mati
iv. Tarikh
meninggal dalam hijrah
v.
Tarikh meninggal dalam masihi.