Wednesday, 26 June 2013

BAHAN-BAHAN PEMBUATAN

Bahan asas dan bancuhan simen  yang sama di gunakan untuk menyediakan  Batu Nisan dan Kepok, iaitu simen dan batu kelikir halus.  Proses pembuatan batu nisan dan kepok bermula di mana  bancuhan simen dan batu kelikir halus ini akan dituangkan ke dalam acuan yang berlainan. Terdapat dua jenis acuan bagi batu nisan iaitu mangikut jantina, lelaki dan perempuan .  Bagi acuan kapok pula juga terdapat dua jenis tetapi berasaskan saiz iaitu saiz kanak-kanak dan dewasa. 

Bancuhan akan dituang ke dalam acuan dan di biarkan kering selama 24 jam.  Besi  penguat akan di letakkan di dalam acuan sebelum acuan dituang.  Tujuan besi adalah supaya kepok dan nisan kuat dan tidak patah. Selepas kering rupa bentuk asas batu nisan dan kapok akan dikeluarkan daripada acuan.

Proses seterusnya ialah proses kemasan dan pengilatan.   Peringkat pertama proses kemasan di jalankan menggunakan batu asah. Batu nisan dan kapok yang baru dikeluarkan dari acuan akan dikemaskan selepas itu dibasuh menggunakan air dan dikeringkan.  Proses kemasan peringkat kedua diteruskan dengan menggunakan simen putih.  Digosok lagi menggunakan kertas pasir terutamanya bahagian bucu batu nisan iaitu bagi proses melicinkan.
Setelah selesai proses melicinkan proses mewarnakan tulisan dilakukan, selepas itu dibasuh dan dikeringkan sekali lagi. Setelah proses kemasan selesai  proses pengilatan dilakukan menggunakan lekar.  Akhir sekali dikeringkan seharian dan setelah itu siap untuk di pasang.

MAKLUMAT YANG DICATAT PADA BATU NISAN

            Maklumat yang terdapat pada Batu Nisan adalah maklumat simati di bawah
i. Nama si mati dalam rumi
ii. Nama si mati dalam jawi
iii. Tarikh lahir di mati
iv. Tarikh meninggal dalam hijrah
v. Tarikh meninggal dalam masihi.

Pak Ayub Pengusaha Kepok Dan Batu Nisan



Gambar saya di tempat kajian
Alamat: Tanah Perkuburan Ar Raudah,Saleng
Tarikh: 30 Mac 2013
Masa: 11 pagi-12.30 tengah hari

  

Latar Belakang Perniagaan

                                                       LATAR BELAKANG PERNIAGAAN


Perniagaan Pak Ayub adalah untuk menampung keperluan penduduk islam sekitar Saleng.  Waalubagaimana pun beliau kadang-kala mendapat tempahan dari kawasan sekitar  Bukit Apit dan Batu 23 di mana kebanyakkan adalah merupakan kenalan lama Pak Ayub.  Bagi penduduk Islam sekitar Saleng perniagaan Pak ayub adalah satu rahmat kerana beliau seorang sahaja yang mempelopori perniagaan kepok dan batu nisan di Saleng
            Pak Ayub menjalankan perniagaan ini sebagai satu tanggungjawab terhadap umat islam di sekitar Saleng yang sebelum ini menghadapi masalah untuk mendapatkan perkhidmatan pembuatan dan pemasangan batu nisan dan kepok.  Tujuan pemasangan kepok dan batu nisan di kawasan perkuburan adalah sepert berikut:
i.          Supaya tidak dilangkah
ii.         Mengikut saiz liang lahat
iii.        Mudah dilihat
iv.        Sebagai kenangan abadi
v.         Maqam bagi jasad